Pengkelasan pedang Jepun Katana

Semua pedang Jepun dihasilkan menurut kaedah ini dan mempunyai bentuk yang agak sekata. Apa yang membezakan pedang yang berlainan ialah panjangnya. Pedang Jepun diukur dalam unit "Shaku". Satu shaku sekitar 12" atau 30 cm.

  • Bilah yang lebih pendek daripada 1 shaku dianggap tanto (pisau).
  • Bilah yang lebih panjang daripada 1 shaku tetapi kurang daripada 2 dianggap wakizashi (pedang pendek).
  • Bilah yang lebih panjang daripada 2 shaku dianggap 'daito', atau pedang panjang. Pedang 'katana' termasuk dalam kelas ini. Bagaimanapun, istilah 'katana' sering disalah gunakan: sesuatu pedang hanya dianggap katana sekiranya ia dikenakan dengan mata ke atas melalui ikat pinggang (biasanya diiringi dengan wakazashi atau tanto). Jika ia digantung dengan ikatan pinggang, ia dikenali sebagai 'tachi'.
  • Mata bilah yang luar biasa panjang, dipakai menyendeng dibelakang, dikenali sebagai ōdachi atau nodachi. 'ōdachi' juga digunakan seerti dengan katana.
  • Perlu juga disedari bahawa terdapat banyak jenis pedang kayu untuk tujuan latihan, termasuk jenis diperbuat daripada kayu(bokken) dan yang diperbuat daripada buluh (sering digunakan untuk latihan kendo, biasanya dirujuk sebagai shinai).

Itu ialah cara membezakan mereka menurut saiz, dan di bawah pula ialah bagaimana membezakan pedang Jepun menurut tarikh pembuatan:

  • sebelum 900: Lurus dengan dua mata, seperti pedang Cina pada era yang sama, ini boleh dikatakan sebagai 'Stail Cina' Chinese Style.
  • 700-1500: 'Koto': jenis ini dianggap kemuncak seni pedang Jepun. Model awal mempunyai lengkungan tidak sekata dengan dengan lengkungan paling besar pada bahagian pangkal.
  • 1500-1867: Diejek dengan geleran 'shinto', atau 'pedang baru'. Pedang ini dianggap kurang bermutu berbanding koto, dan bersamaan masa dengan kemerosotan dalam kemahiran penghasilan pedang.
  • 1867+: Jika berbentuk koto, ia dikenali sebagai 'shin shinto', atau 'pedang baru dihidupkan semula' (harafiah: 'pedang baru yang baru'). Ia dianggap lebih berkualiti berbanding shinto, tetapi kurang berbanding koto.
  • 1876+ (selepas-pengistiharan Haitorei): Sebarang bilah yang dihasilkan secara pukal diejek sebagai 'gunto'. Ini sering kali berbentuk pedang saber Barat berbanding katana, walaupun terdapat banyak pedang baru (1970+) yang dibuat agar kelihatan menyerupai katana, tetapi dihasilkan secara pukal.

Untuk mengkelaskan cara pedang dikenakan:

  • sebelum 1500: Kebanyakan pedang digantung dengan ikatan pada pinggang, mata kebawah. Stail ini dipanggil 'jindachi-zukuri', dan semua daito dipakai menurut cara ini dikenali sebagai 'tachi'.
  • 1500-1867: Hampir semua pedang dikenakan pada ikat pinggang ( sash ), berpasangan dengan pedang pendek. Kedua bilah dikenakan mata ke atas. Stail ini dikenali sebagai 'buke-zukuri', dan semua daito dikenakan cara ini ialah 'katana'.
  • 1876+: Disebabkan pengharaman dan/atau pembubaran golongan Samurai, kebanyakan bilah dikenakan menurut cara jindachi-zukuri, seperti pegawai tentera laut Barat. Baru-baru ini (1953+) terdapat kebangkitan semula stail buke-zukuri, tetapi oleh kerana pedang hanya dibenarkan untuk tujuan pertunjukan demonstration, ia tidak begitu penting.

Nota sisi: pedang yang dikhususkan sebagai tachi secara umumnya ialah koto bukannya shinto, dengan itu ia dihiasi dan dihasilkan dengan lebih baik. Bagaimanapun ia masih bergelar katana jika dikenakan menurut cara 'buke-zukuri' moden.

Nota sisi tambahan: kebanyakan pelbagai jenis lembing dilengkapi dengan bilah yang dihasilkan menurut stail yang sama dengan pedang Jepun. Walaupun sering diketepikan dalam penulisan Barat, lembing merupakan senjata pertama bagi seorang samurai ataupun petani, dan bilah pada mata lembing samurai seringkali berkualiti tinggi. Bagaimanapun, walaupun begitu, pedang masih dianggap sebagai semangat samurai, bukannya lembing.